|
The Lonely Girl
Straight A's!
Thursday, December 20, 2012 | 10:24 PM | 0 comments
Assalamualaikum dan Hai ,

Semalam saya amik result pmr. Syukur alhamdulillah saya dapat semua A!! Hehe. Terima kasih ya Allah, mama ayah, kakak, cikgu-cikgu, kawan-kawan dan siapa-siapa yang sedar atau tak ajarkan saya. Sekarang nak cite sikit kenangan semalam. Sebelum amik result, mestilah sms dengan kawan2 kann. Alhamdulillah, tahun ni mama teman amik result. First time bagi mama amik result dengan anak dia. Selama ni busy.

Sampai je sekolah, jumpa Aleysha. Dia happy je. Bila tanya, dia dapat straight A's. Wahh tahniah awak! Hati dup dap dup dap je aku. Naik tangga jumpa Cynthia, dia pun dapat straight A's. Lagi getaq aku dibuatnye. Masuk je dewan, terus jumpa Yee Jing semua. Ehh panjangnya kena beratur. Tetiba dengar Balqis menjerit. Tak nampak aku dah. Haha. Pahtu nampak terus peluk. Tahniah syg!

Tunggu punya tunggu. Giliran aku pulak. Waktu tu tak boleh nak kata apa dah. Jantung macam nak tercabut. Fuhhhhhh -,- Hanya Allah swt yang tahu. Giliran aku lepas Priyanga........


Nampak tak betapa takutnya aku? Perghh tolong jangan gelak pls. Kecut perut waktu tu. Aku pun baca doa baru duduk. Kena sign pulak. Tetiba cikgu tanya soalan yang buat aku lagi takut. Ni gamba saya............


Nampak tak cikgu saya buat apa? Jeng jeng jeng. Dia tengah check nama saya. Lepas tu dia hulur tangan cakap tahniah! Saya cakap haa? Semua kawan saya menjerit. Ya Allah, bahagianya saya waktu tu. Lepas tu terus peluk cikgu. Tak sangka usaha saya selama ni berbaloi. Alhamdulillah. Lepas tu nangis la kan. Tangisan gembira. 


Waktu ni tengah sebak tapi gagahkan jugak senyum. Tahniah semua yang dapat straight A's. Hehe. I love you ALL! :*

Love,
Nur Adilah




Them

Template by: Sha's daughter
Editor: Nur Adilah
Doodle: Tumblr
Software: AP CS5